asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Keputusan Nepal menghentikan fasa mencari dan menyelamat (SAR) mangsa banjir dahsyat di Sungai Bhotekoshi dan Trishuli pada 26 Ogos lalu, tidak seharusnya menjadi titik akhir usaha mendapatkan jawapan mengenai nasib 54 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi itu.
Jurucakap Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH) Dr Manivannan Rethinam berkata, pihaknya menghormati keputusan itu, namun waris mangsa masih memerlukan kepastian mengenai nasib ahli keluarga mereka.
"Perubahan fasa operasi daripada SAR kepada pemulihan perlu disusuli dengan usaha berterusan bagi mendapatkan jawapan yang diperlukan keluarga.
"Kami memahami bahawa keputusan Nepal dibuat berdasarkan penilaian keadaan di lapangan, faktor keselamatan, akses dan syor pihak berkuasa berkaitan. MASFIH menghormati keputusan serta bidang kuasa Nepal," katanya ketika dihubungi hari ini.










