PARIS – Bekas pertahanan Tottenham Hotspur, Ramon Vega muncul individu pertama yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), tahun depan.

Sejak bergelar pemain pada 2004, pertahanan tengah berusia 55 tahun itu sudah membabitkan diri dengan bidang kewangan dan ini bukan kali pertama Vega cuba mencabar presiden semasa, Gianni Infantino.

Pada 2022, Vega juga pernah cuba mencabar Infantino, namun gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi untuk disenaraikan sebagai calon dalam pemilihan berkenaan.

“Sejak itu, situasi sudah banyak berubah. Saya tampil kerana diri saya sudah bersedia untuk berkhidmat kepada sukan ini.

“Saya yakin saya ada tugas dan tanggungjawab sosial untuk melindungan serta mempertahankan bola sepak, integriti, orang ramai dan masa depan sukan ini,” katanya dalam dokumen ‘tawar diri’ setebal 11 muka surat.