BAITULMAQDIS: Seramai tujuh orang terbunuh dalam beberapa serangan berasingan Israel di Gaza semalam, dengan tentera Israel berkata tiga daripada mangsa adalah 'anggota operasi ketenteraan'.

Perkhidmatan penyelamat pertahanan awam Gaza, berkata enam daripada tujuh mangsa terbunuh di beberapa kawasan di Bandar Gaza.

Menurut perkhidmatan penyelamat dan Hospital Al-Shifa, dua orang terbunuh dalam serangan dron ke atas sebuah kereta, manakala seorang lagi maut dalam serangan dron ke atas sebuah khemah di kawasan penempatan sementara penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Tentera Israel memberitahu AFP bahawa tiga individu yang disasarkan itu adalah 'anggota operasi ketenteraan dalam organisasi pengganas'.