WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyokong tindakan Turkiye dan Pakistan yang mahu membantu Arab Saudi menangkis serangan Houthi menerusi penempatan pasukan tentera mereka di bawah Perikatan Mekah.
Trump kelmarin menyifatkan langkah itu sebagai usaha yang baik selepas peluru berpandu dan dron kumpulan tersebut menyerang Riyadh, Mekah dan Madinah sebelum ini.
Bagaimanapun, Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan bersetuju mengaktifkan langkah pertahanan bersama di bawah Perikatan Pertahanan Mekah dan mempercepatkan penempatan pasukan serta keupayaan ketenteraan ke Riyadh susulan serangan berterusan Houthi dari Yemen.
“Saya fikir mereka mahu membantu Arab Saudi dan saya fikir itu bagus,” katanya.








