KOTA BHARU: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyantuni bekas gurunya di Pusat Jagaan ShalisCare Centre, di sini.
Siti Zaitun Abdullah, 78, pernah mengajar Wan Ahmad Dahlan bagi subjek Geografi ketika di Tingkatan Lima di Maktab Sultan Ismail.
Kunjungan menerusi Program Santuni Pesara Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam itu bertujuan menyantuni pesara kerajaan dan menyampaikan bantuan serta sumbangan.
Sementara itu, Wan Ahmad Dahlan berkata, Program Santuni Pesara adalah sebahagian daripada usaha berterusan JPA dalam memastikan kebajikan pesara perkhidmatan awam terus diberi perhatian selepas mereka menamatkan perkhidmatan.
"Lebih daripada sekadar kunjungan, Program Santuni Pesara membawa mesej yang jelas iaitu mereka yang pernah berkhidmat kepada negara tidak dilupakan selepas persaraan.






