nurul.hidayah@hmetro.com.my
Ampang: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyantuni bekas gurunya, Nik Aziah Wan Hamzah, 77, di kediaman wanita itu di sini, menerusi Program Santuni Pesara, hari ini.
Wan Ahmad Dahlan berkata, Nik Aziah adalah bekas gurunya yang mengajar subjek Bahasa Melayu semasa beliau di Tingkatan 5 Sultan Ismail College yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan.
"Selama ini, memang ada inisiatif ini dilaksanakan untuk menyantuni pesara namun tiada yang terkait dengan perjalanan kehidupan serta kerjaya saya.
"Pada hari ini, saya diberi kesempatan untuk memberi penghormatan kepada insan yang banyak memberi dan membentuk karakter saya sehingga berada di puncak sebagai pimpinan dalam perkhidmatan awam di negara ini," katanya.






