KUALA LUMPUR – Penyanyi Amir Masdi menepis dakwaan menjalin hubungan cinta dengan pemain biola yang membantunya semasa membuat persembahan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) baru-baru ini.

Menurut Amir atau nama penuhnya Amir Syazwan Masdi, 30, kekeliruan tersebut mungkin timbul kerana keserasian mereka di atas pentas yang menterjemahkan jalan cerita lagu Nurcinta.

“Sebenarnya dakwaan itu tak betul saya dengan pemain biola, kami pernah bekerjasama beberapa kali. sebelum ini untuk persembahan RTM, Anugerah Seri Angkasa dan sebagainya.

“Dakwaan saya ada hubungan istimewa dengan pemain biola itu memang tak ada, kami hanya kawan dalam industri dan baru saja kenal dalam setahun.

“Mungkin orang nampak kami ada keserasian sebab jalan cerita Nurcinta malam itu mengisahkan percintaan dua darjah melibatkan saya sebagai raja atau putera dan dia sebagai puteri yang mana kami tak dapat teruskan percintaan,” katanya pada sidang media sidang media Amir Masdi – AM:PM Showcase, kelmarin.