am@hmetro.com.my
Kuala Nerang: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta pihak tertentu tidak mengaitkan dirinya atau kerajaan negeri dengan isu pecah amanah RM40 juta membabitkan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani.
Beliau berkata, isu berkenaan membabitkan urusan antara dua syarikat dan beliau tidak mengetahui pihak ditahan atau individu yang didakwa berkaitan kehilangan wang berkenaan.
"Syarikat dengan syarikat, dia punya hal, mereka selesai dengan pihak berkuasa, saya pun tak tahu. Saya nak jawab (bagi) pihak orang tak boleh.
"Orang itu pun saya tak kenal, siapa yang kena tangkap ? Saya tak tahu siapa yang hilang duit. Jadi macam mana mereka tuduh Sanusi pula.








