MANCHESTER: Penyerang Manchester City, Erling Haaland menyeru semua pihak supaya terus bersatu ketika kelab itu berdepan ketidaktentuan selepas didapati bersalah atas lebih 100 pertuduhan melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).
City berdepan kemungkinan dikenakan pemotongan mata yang besar atau disingkirkan daripada EPL selepas suruhanjaya bebas mendapati kelab itu menggunakan kontrak komersial palsu bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos melebihi 900 juta pound (RM4.869 bilion) antara tahun 2009 hingga 2018.
Haaland hanya menyertai City pada tahun 2022, namun skuad semasa berkemungkinan menanggung kesan daripada sebarang hukuman yang dikenakan.
Pendahulu EPL itu akan kembali beraksi buat kali pertama sejak keputusan bersalah diumumkan apabila bertandang ke Liverpool pada Ahad.






