am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Misteri kehilangan seorang lelaki selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Pan Borneo dekat Kampung Kawakaan, di sini, petang semalam, berakhir apabila jasadnya ditemukan pagi ini.

Jasad mangsa berusia lingkungan 40-an ditemukan pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jam 10.30 pagi, pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi Honda WRV miliknya ditemukan.

Ketua Zon Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Johari Dzulkiflie berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berhubung kemalangan berkenaan, jam 4.55 petang semalam.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan serta kawasan sekitar bagaimanapun tidak menemukan mangsa.