ISTANBUL: Gabungan diketuai Arab Saudi di Yaman, berkata pihaknya memintas dan memusnahkan tiga peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah Riyadh dan Khamis Mushait, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap gabungan, Mejar Jeneral Turki al-Maliki, berkata di platform media sosial X bahawa dua peluru berpandu dilancarkan ke arah ibu negara Arab Saudi, manakala satu lagi menuju ke arah Khamis Mushait di wilayah Asir, barat daya negara itu.
Pasukan kerajaan Yaman melancarkan serangan baharu di bawah operasi "Fajar Yaman" pada minggu ini dengan tujuan memulihkan institusi kerajaan serta merampas semula wilayah yang dikuasai kumpulan Houthi.
Yaman dilanda konflik sejak Houthi menawan ibu negara Sanaa dan beberapa wilayah pada 2014, menyebabkan gabungan yang diketuai Arab Saudi campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.






