KUALA LUMPUR: Pembangkang mencadangkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan pada kadar yang disemak semula.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata langkah percukaian terkini dilihat cenderung ke arah pengenalan semula GST, meskipun kerajaan tidak memaklum secara langsung.
"Ini nampak seperti sedang menuju ke arah itu, tetapi tidak mahu sebut hendak guna GST.
"Mungkin ada sedikit keberatan kerana mereka pernah menentangnya sebelum ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.








