Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang mencadangkan supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan pada kadar yang disemak semula.

Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata, langkah percukaian terkini dilihat cenderung ke arah pengenalan semula GST, meskipun kerajaan tidak memaklumannya secara langsung.

"Ini nampak seperti sedang menuju ke arah itu, tetapi tidak mahu sebut hendak guna GST.

"Mungkin ada sedikit keberatan kerana mereka pernah menentangnya sebelum ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.