PETALING JAYA: Ketua pembangkang perlu diberi peranan dalam menentukan agenda persidangan Dewan Rakyat sebagai sebahagian usaha memperkukuh amalan perundingan dalam sistem demokrasi, kata Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan) Saifuddin Abdullah.
Ahli Parlimen Indera Mahkota mengetengahkan perkara itu sebagai sebahagian inisiatif untuk dilaksanakan di pelbagai sistem, institusi, kepimpinan dan kerajaan.
Dalam tulisan di ruangan Merentas Ruang disiarkan Sinar Harian, bekas menteri luar berkata kini masa sesuai untuk menjayakan perundingan dalam makna tepat iaitu syura, dibangunkan dan dimajukan aplikasinya berkaitan demokrasi.






