PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mewasalkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II dalam Sambutan Negara di Istana Negara hari ini.

Pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung dalam Istiadat Khas di Dewan Seri Maharaja selepas pertemuan empat mata sempena lawatan negara dua hari Raja Abdullah II ke Malaysia bermula semalam.

DMN yang diwartakan pada 21 Ogos 1958 merupakan antara darjah kebesaran Persekutuan yang boleh dikurniakan secara kehormat kepada ra