Shah Alam: Selangor menerusi Unit Pengurusan Bencana Negeri menyerahkan sejumlah 200,000 pelitup muka kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor untuk digunakan murid dan pelajar di seluruh negeri susulan situasi jerebu semasa.
EXCO Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan ketika ini.
"Bagaimanapun, pihak kami menggalakkan murid serta pelajar untuk memakainya terutamanya selepas sekolah kembali dibuka.
"Saya difahamkan murid dan pelajar yang terjejas akibat penutupan sekolah-sekolah ini kini mengikuti pembelajaran mereka secara atas talian. Kita harapkan situasi jerebu yang sedang melanda ini dapat kembali pulih dan sekolah kembali dibuka.








