Kuala Lumpur : Band rock legenda tanah air, Wings, bakal menggegarkan pentas Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (HRC KL) dalam persembahan khas sambutan ulang tahun ke-35 lokasi ikonik berkenaan pada 9 November ini.

Dianjurkan menerusi acara bertema 35 Years, One Legendary Night, Wings tampil sebagai taruhan utama bermula jam 9 malam, di samping persembahan kumpulan Kristal serta Muzza & The Velvettones.

Menurut Pengurus Besar HRC KL, Ranjit Singh, pembabitan Wings serta vokalisnya, Datuk Awie, mempunyai sejarah tersendiri bersama HRC KL yang menjadi hub penting penggiat muzik tempatan sejak 1991.

"35 tahun mewakili legasi muzik, kenangan, dan generasi yang membesar bersama kami.