Singapura: Singapura akan mengeluarkan notis langkah pencegahan (PMN) kepada tiga lagi syarikat Indonesia yang disyaki mempunyai kaitan dengan kebakaran di Kalimantan yang mungkin menyumbang kepada jerebu rentas sempadan di republik itu.

Langkah terbaharu itu menyusuli pengeluaran notis serupa kepada tujuh syarikat di Indonesia pada Jumaat lepas berhubung kebakaran di Sumatera, menjadikan jumlah syarikat yang menjadi sasaran tindakan di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THPA) Singapura meningkat kepada 10.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataan pada Isnin menyenaraikan tiga lagi syarikat itu sebagai PT Buana Megatama Jaya, PT Mananjung Hayak dan PT Baratama Putra Perkasa.