SINGAPURA – Singapura akan mengeluarkan notis langkah pencegahan terhadap tujuh syarikat Indonesia yang didakwa mempunyai kaitan dengan kebakaran yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan, lapor laman berita Business Today semalam.

Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar Grace Fu berkata, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) akan mengeluarkan notis tersebut di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Singapura.

Menurut saluran berita CNA, notis itu menyusuli siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa Singapura ke atas kebakaran di Indonesia yang dipercayai menyumbang kepada jerebu semasa.

Tujuh syarikat dikenal pasti itu ialah PT Bumi Andalas Permai, PT Bumi Mekar Hijau, PT Paramitra Mulia Langgeng, PT S