PATTANI, THAILAND – Seorang anggota kor pertahanan sukarelawan Wilayah Pattani maut ditembak sekumpulan lelaki bersenjata dalam serangan hendap ketika mangsa dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat di Kampung 2, Mukim Talok Kraithong di sini semalam.
Dalam insiden kira-kira pukul 1.05 tengah hari itu, mangsa, Rusli Uma, 54, dari Kor Pertahanan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang daripada penyerang yang dikenali sebagai Muhammad Bila Kama, 36, turut terbunuh dalam insiden berbalas tembakan itu.
Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, rakan kepada R









