RIYADH: Serangan peluru berpandu membedil terminal penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh meragut 12 nyawa dan mencederakan 309 orang, menurut angka terkini yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA).
Serangan yang menyaksikan peluru berpandu menghentam terminal penumpang itu merupakan serangan ketiga terhadap kemudahan berkenaan dalam tempoh seminggu dan mendorong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan Washington mungkin menyertai kempen ketenteraan Arab Saudi terhadap pemberontak Houthi di Yemen.
GACA berkata, empat daripada mangsa yang maut ialah rakyat Arab Saudi, manakala lapan lagi warga asing yang menetap di negara itu.
Dua daripada mangsa warga asing ialah rakyat Bangladesh, manakala selebihnya merupakan warga AS Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan.








