DARI dulu sampai sekarang ada sahaja makanan basi atau tidak cukup di set penggambaran.”

Itu cerita pelakon, Azhan Rani ketika datang ke sesi fotografi di pejabat kami, baru-baru ini. Hampir 20 tahun bergelar pelakon dengan ratusan set penggambaran yang sudah dijejaki, tentu sahaja banyak pengalaman yang dikumpul Azhan, 50. Mengimbau kembali kenangan lalu, jejaka asal Hulu Selangor itu tidak menafikan ada syarikat produksi yang tidak sepenuhnya menjaga kebajikan artis dan kru dengan baik.

Lebih kecewa, menurut calon Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2026 ini, ada pihak produksi yang tidak mengagihkan bajet yang diberikan oleh pihak stesen dengan adil membuatkan hidangan dicatu-catu atau juadahnya itu-itu sahaja.