NEW DELHI: Sebahagian kawasan di ibu negara India berubah menjadi kubu pertahanan dengan puluhan ribu anggota keselamatan dikerahkan menjelang protes besar-besaran yang diseru gerakan diterajui Generasi Z (Gen Z) semalam.
Protes anjuran Cockroach Janata Party (CJP), sebuah gerakan satira pimpinan golongan muda, merupakan kemuncak mobilisasi pembangkang selama beberapa minggu berhubung dakwaan salah laku dalam proses semakan daftar pemilih di seluruh negara.
Desakan itu tercetus selepas satu laporan akhbar bulan lalu mendakwa berlaku salah laku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI) dalam proses semakan daftar pemilih.
ECI menolak dakwaan berkenaan dan menjelaskan proses yang dikenali sebagai ‘semakan intensif khas’ itu bertujuan menghapuskan nama pemilih berulang serta individu yang tidak layak mengundi.








