KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 perlu seiring usaha memastikan harga barang kekal stabil bagi mengelakkan rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kenaikan gaji minimum itu akan menambah kos operasi majikan, sekali gus menimbulkan kebimbangan harga barangan turut meningkat.

"Perkara yang dibimbangkan bukan sahaja peningkatan kos pengurusan, tetapi juga kesan domino apabila harga barangan meningkat susulan kenaikan gaji minimum.

"Justeru, penyelarasan antara kenaikan gaji dan kestabilan harga barang perlu diberi perhatian agar tiada kesan domino yang menekan rakyat akibat daripada kenaikan gaji minimum ini," katanya.