Kuala Lumpur: Kerajaan akan melancarkan Pelan Medi Asas (MediAsas) pada Januari tahun depan, dengan tawaran harga mampu milik yang dijangka memanfaatkan sehingga 200,000 pekerja.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui pelan terbabit, bayaran hospital selepas ini akan dibuat berdasarkan jenis diagnosis dan rawatan supaya kos lebih terkawal serta mudah dijangka.
Untuk mencarum pelan itu, beliau berkata ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun dibenarkan membayar premius MediAsas melalui Akaun Sejahtera.
Bagi perusahaan kecil dan sederha (PKS) yang mempunyai kurang 75 pekerja, katanya kerajaan akan mensubsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja, terhad 50 pekerja setiap syarikat.






