ISTANBUL: Sebuah kapal tangki terbakar selepas terkena projektil tidak dikenal pasti di Selat Hormuz, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), hari ini, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut UKMTO, nakhoda kapal tangki yang sedang dalam pelayaran keluar dari selat itu melaporkan sebuah projektil tidak dikenal pasti mengenai bahagian kiri kapal berkenaan sehingga menyebabkan kebakaran.
Semua anak kapal dilaporkan selamat, manakala tahap kerosakan serta sebarang kesan terhadap alam sekitar masih belum diketahui.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan, manakala kapal yang melalui kawasan berkenaan dinasihatkan berhati-hati.








