Istanbul: Sebuah kapal tangki diserang projektil ketika transit di Selat Hormuz pada Jumaat, kata Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Nakhoda melaporkan kapalv itu diserang ketika transit keluar melalui selat, menurut UKMTO.

Serangan itu menyebabkan kebakaran kecil dan bekalan elektrik terjejas di atas kapal, katanya.

Kebakaran kemudiannya dipadamkan dan kapal itu sedang belayar, tambahnya.

Tiada kemalangan jiwa atau kesan alam sekitar dilaporkan dan pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian.