PETALING JAYA: Misi memburu tiket ke Piala Asia Wanita B-17 2027 menuntut keberanian luar biasa apabila skuad Malayan Tigress B-17 bakal berdepan India dalam aksi penentuan juara Kumpulan E di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Walaupun India hadir dengan rekod serangan lebih tajam menerusi 16 gol dalam dua perlawanan, pengendali skuad wanita negara, Takayoshi Ishihara, percaya anak buahnya tetap mempunyai peluang untuk mencipta kejutan.

India membelasah Iraq 14-0 sebelum menewaskan Syria 2-0, manakala Malaysia turut mempamerkan prestasi meyakinkan dengan menundukkan Syria 1-0 dan Iraq 4-0.

Justeru, Ishihara menegaskan perbezaan jaringan bukan alasan untuk anak buahnya berasa rendah diri, sebaliknya mereka perlu memberikan tumpuan kepada