ISTANBUL: Satu projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di timur Arab Saudi, lewat semalam, menurut pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki, mengumumkan insiden berkenaan dalam hantaran melalui platform X, namun tidak memberikan butiran lanjut.
Setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan dalam kejadian berkenaan.
Insiden itu merupakan yang pertama dilapor membabitkan projektil jatuh berhampiran lapangan terbang di Dammam, bandar terbesar di Wilayah Timur Arab Saudi, ketika ketegangan membabitkan kumpulan Houthi di Yaman semakin meningkat.









