GEORGE TOWN – Kerajaan mempergiat usaha mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor pengangkutan menerusi pengenalan bas elektrik (EV) bagi perkhidmatan Rapid Penang, bermula hari ini.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke Siew Fook berkata, iisiatif itu merupakan sebahagian daripada langkah peralihan kepada sistem pengangkutan awam lebih mesra alam, selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Dasar Pengangkutan Negara.
Menurutnya, pengenalan bas elektrik itu turut menjadi perkembangan penting dalam usaha memperkukuh rangkaian pengangkutan awam di Pulau Pinang, seiring dengan kema










