PETALING JAYA – Kejohanan Golf Bisnes Asia (ABGC) akan diteruskan pada tahun hadapan selepas pihak penganjur mendapati acara yang julung-julung kali diadakan mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta tempatan dan luar negara.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Salim Mohamed Sain berkata, pihaknya berbesar hati kerana menerima penyertaan peserta dari China, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Indonesia.

Katanya, selain menyertai kejohanan golf, mereka juga mencari peluang pelaburan dalam perniagaan di negara ini selain mewujudkan jaringan persahabatan.

“Kerjasama baik yang ditunjukkan oleh semua peserta baik daripada syarikat tempatan mahupun luar negara pada Grand Final ABGC menjadi perintis kepada pihak penganjur, Elora Global Sdn. Bhd. untuk terus menganjurkan kejohanan pada tahun hadapan.