PORT DICKSON – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mengkaji kadar elaun latihan Askar Wataniah bagi menggalakkan penyertaan lebih aktif anggota pasukan simpanan itu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, semakan itu dibuat memandangkan kadar Elaun Kehadiran Latihan Tempatan (EKLT) sedia ada perlu dinilai semula mengikut keperluan semasa.

Menurutnya, kadar elaun ketika ini adalah RM8 sejam bagi anggota lain-lain pangkat (LLP), perajurit muda dan pegawai kadet, manakala pegawai menerima RM9.80 sejam dengan semakan terakhir dibuat pada 1 Januari 2022.

“Kita sedang mengkaji semula elaun Askar Wataniah kerana kadarnya sudah lama tidak disemak. Kita juga mahu mereka lebih aktif menyertai latihan dan aktiviti yang dianjurkan rejimen masing-masing,” katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Peraj