TUMPAT – Adik kepada Pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS)yang maut dipercayai ditikam suami memaklumkan dia telah memberitahu kepada dua anak kakaknya bahawa wanita tersebut telah meninggal dunia.

Marliza Ibrahim, 48, berkata, dengan luluh hati berita kematian kakaknya, Norhazwani Ibrahim, 35, dimaklumkan kepada anak saudaranya, yang berusia lima dan enam tahun pagi tadi.

“Pagi tadi saya beritahu ibu dah tiada. Bila ditanya mengapa, saya hanya menjawab kerana sakit.

“Saya tidak sanggup memberitahu kejadian sebenar, lagipun mereka masih terlalu muda untuk memahami apa ya