PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.
Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, amaran berkenaan melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.
Bagi Perak, kawasan terjejas ialah Selama, Hulu Perak, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar, Muallim, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
Di Kelantan, amaran melibatkan Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai, manakala di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman dan Besut.










