Seremban: Tekanan pada leher dikenal pasti sebagai punca kematian Norhazwani Ibrahim, 35, kakitangan kerajaan yang dipercayai dibunuh suaminya di sebuah rumah di Nilai, malam Khamis lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, punca kematian itu diperoleh berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan selama lima jam di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.
"Bedah siasat dijalankan dari jam 9.40 pagi hingga jam 2.30 petang oleh Dr Akma Nurain Fairuz Mahamad Arif di HTJ, hari ini.
"Dapatan awal bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah tekanan pada bahagian leher," katanya dalam kenyataannya, hari ini.









