Seremban: Jenazah Norhazwani Ibrahim, 35, yang maut dipercayai dibunuh suami, dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Kuarters KLIA, Nilai sejurus selesai prosedur bedah siasat, hari ini.
Abang mangsa, Amran Ibrahim, 59, berkata, dia sangat bersyukur kerana pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) banyak membantu keluarganya.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana sejak hari kejadian sehingga ke saat ini, pihak JKDM dan AKPS banyak membantu menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan jenazah.
"Sebenarnya mereka yang menguruskan, saya hanya membantu memudahkan urusan mereka sebagai waris kepada mangsa. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada kedua-dua agensi ini," katanya.










