Machang: Polis akan memfokuskan siasatan ke atas jet peribadi berlepas dari Malaysia, yang dikaitkan dengan kes rampasan kes dadah di Laos, baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi mengenal pasti pemilik pesawat itu, pihak yang menyewanya, tujuan penerbangan serta destinasi.

"Polis turut menyiasat pendaftaran pesawat berkenaan di Malaysia serta individu yang mempunyai kaitan dengan penerbangan itu, termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kes itu, beliau berkata, pesawat itu berlepas dari Subang ke Laos tanpa membawa sebarang dadah.