Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM) mengesahkan tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap mahasiswa yang tular susulan daripada persoalan serta pandangan yang disuarakan dalam sesi iFuture, baru-baru ini.

Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata UM sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pandangan mereka.

Katanya, platform seperti iFuture yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadi ruang penting untuk mahasiswa berdialog secara langsung dengan kepemimpinan universiti.

"Saya mengambil maklum mengenai perhatian dan pelbagai reaksi yang timbul susulan perkara itu.