Kuala Lumpur: Akses pendidikan kepada kanak-kanak warga asing terutama pelarian di sekolah kerajaan perlu diteliti secara menyeluruh bagi memastikan kebajikan dan kepentingan pendidikan anak tempatan tidak terjejas.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, kerajaan perlu memperhalusi perkara itu dengan mengambil kira aspek pembiayaan, kaedah pelaksanaan serta kesan jangka panjang terhadap sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, perkara itu perlu diteliti bagi memastikan ia tidak menjejaskan peluang pendidikan yang sepatutnya diberikan kepada anak warganegara terlebih dahulu kerana pendidikan warga tempatan adalah keutamaan.