Kuala Lumpur: Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi, 64, tidak meletakkan harapan untuk menang apabila tercalon dalam senarai Top 5 kategori Penyampai Radio Lelaki Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2026.

Dalam kategori itu, Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil bersaing dengan barisan calon iaitu Tyzo Xander (Ikim FM), Suffian Amrin (Ikim FM), Mohd Azlan Omar (Radio Klasik) dan Sharaad Kuttan (BFM).

Aznil yang juga penyampai radio Kool FM menerusi segmen Pagi On Point : Duit Belanja RM50 berkata, dia juga tidak akan berasa ralat jika tidak memenangi kategori berkenaan.

"Sebenarnya, saya pun tak tahu kenapa tercalon dalam kategori itu sebab itu kalau tak menang pun, saya tak ralat sebab seharusnya dikalahkan.