PETALING JAYA – Dilabel malas dan tidak mempunyai inisiatif mempromosikan kerjaya kerana kurang aktif dalam media sosial, penyanyi Nadeera Zaini mengakui sengaja mengehadkan penglibatannya di platform digital demi menjaga kesihatan mental.

Ujar Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 33, pengalaman kurang menyenangkan sebelum ini membuatkannya lebih berhati-hati ketika berkongsi pandangan secara terbuka, terutama apabila setiap kenyataan berisiko disalah tafsir sehingga mencetuskan polemik.

“Saya akui memang kurang aktif di platform media sosial, terutamanya Threads. Bukan malas atau tiada inisiatif tapi saya sendiri mengehadkan masa di media sosial demi menjaga kesihatan mental.

“Saya pernah melalui pengalaman kurang menyenangkan dan perkara itulah membuatkan saya lebih berhati-hati ketika bersuara secara terbuka.<