KUALA LUMPUR: Masalah aset dan infrastruktur kesihatan yang uzur perlu dilihat sebagai risiko keselamatan bukan sekadar isu peruntukan.
Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berkata penggantian aset perlu dibuat berdasarkan tahap risiko dengan aset kritikal yang boleh menjejaskan keselamatan pesakit dan kesinambungan perkhidmatan diberi keutamaan sebelum berlaku kegagalan.
“Pendekatan mesti diubah daripada rosak dahulu, kemudian kita baiki kepada risk-based asset replacement.
“Aset kritikal yang mempunyai implikasi kepada keselamatan pesakit dan kesinambungan perkhidmatan mesti diberi keutamaan sebelum berlaku kegagalan,” katanya di Dewan Rakyat.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Flim_313167.png&w=480&output=webp&q=85&we)