Cyberjaya: PAS sudah menyediakan senarai calon yang akan mewakili parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, terdapat ramai calon dalam senarai berkenaan untuk dipertimbangkan.

Katanya, keputusan akhir mengenai siapa yang akan bertanding akan ditentukan kepimpinan PAS pusat.

"Senarainya banyak calon. (Untuk) menentukan siapa (calon) yang pada akhirnya bertanding, itu terpulang kepada PAS pusat," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Tafsir Al-Tibyan di sini, hari ini.