ABUJA – Sebuah jet peribadi mendarat cemas selepas pintunya tiba-tiba tercabut semasa berada di ruang udara di Nigeria, lapor akhbar The Sun UK.

Pesawat jenis Bombardier Challenger 600 itu menghantar isyarat kecemasan tiga minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Nnamdi Azikiwe di Abuja sekitar pukul 4.17 petang (waktu tempatan), baru-baru ini.

Juruterbang menghantar isyarat kecemasan ketika pesawat berada pada ketinggian 914.4 meter.

Pesawat itu bagaimanapun selamat mendarat kira-kira 17 minit selepas berlepas.