KUALA LUMPUR – “Tidak pernah… tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah”.

Itu penegasan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung dakwaan bahawa parti itu memainkan isu pemimpin politik ditangkap khalwat sebagai taktik untuk melemahkan pihak lawan.

Menurut Amirudin, PKR tidak membawa isu peribadi untuk dijadikan asas pertarungan dan saingan politik.

“Kita pun ada banyak kerja lain daripada nak mengatur khalwat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Semarak Kasih Ya