SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan dakwaan bahawa penahanan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung kes khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lepas ialah satu tindakan penganiayaan atau perangkap.

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin menegaskan bahawa agensi penguatkuasaan agama negeri itu bertindak sepenuhnya berlandaskan aduan rasmi yang diterima, serta mengikut undang-undang yang ditetapkan tanpa memanipulasi keadaan demi mengenakan mana-mana pihak.

“Bila dikatakan seolah-olah jabatan agama terlibat dalam manipulasi dan sebagainya, ini tidak benar sama sekali. Kami juga ada tanggungjawab mengikut undang-undang apabila aduan dibuat, kami perlu melakukan siasatan secara menyeluruh.