COLUMBUS, OHIO – Seekor kuda di negeri Ohio menempa nama dalam Guinness World Records kerana memiliki ekor panjang 4.1 meter, lapor agensi berita UPI.
Kuda bernama Jenny itu milik pasangan Mackenzie Lowe dan Rachel Estes. Haiwan itu dihadiahkan kepada Lowe sempena ulang tahun kelahiran yang ke-13 pada 2019.
“Saya dimaklumkan bahawa ekor Jenny pernah tercabut ketika masih muda. Semasa saya mendapat Jenny, ekornya sudah mencecah tanah tetapi tidak terlalu panjang,” kata Lowe kepada Guinness World Records.
Jenny merupakan kuda baka American Saddlebred yang terkenal dengan ekor panjang dan terurai.









