SHAH ALAM – Sebanyak lima rumah di Kampung Seri Muhibbah, Jalan Subang di sini dinaiki air sedalam satu meter selepas longkang berhampiran lebuh raya pecah, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.17 petang dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, setibanya 13 minit kemudian didapati lima buah rumah dinaiki air sedalam satu meter.
“Limpahan air tersebut disebabkan longkang di lebuh raya berhampiran pecah.









