BUKIT MERTAJAM: Punca kematian lelaki yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang di pasar awam di Permatang Pauh pagi tadi disahkan akibat saluran darah jantung tersumbat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata hasil bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya pada hari sama mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit itu.
Beliau berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam longkang di pasar awam di Permatang Pauh kira-kira jam 7.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati mangsa lelaki tempatan berusia 57 tahun ditemukan di lokasi itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya," katanya dalam kenyataan hari ini.









