BUKIT MERTAJAM - Pengunjung Pasar Awam Sama Gagah di sini pada Selasa gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki berbalut kain di dalam longkang kawasan pasar itu.Mayat dalam keadaan terbaring itu ditemukan kira-kira 7 pagi sebelum orang awam menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan."Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya.Terdahulu, beberapa keping gambar berkaitan penemuan mayat itu tular di media sosial. - Bernama
Mayat berbalut kain ditemukan dalam longkang pasar

Key takeaways
Seorang lelaki ditemui mati dalam longkang pasar di Bukit Mertajam, dengan siasatan sedang dijalankan.
- Mayat lelaki ditemui dalam longkang pasar pada pukul 7 pagi.
- Pengunjung pasar membuat laporan polis selepas menemui mayat tersebut.
- Ketua Polis Pulau Pinang mengesahkan kejadian dan menyatakan siasatan sedang berjalan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Mayat dibungkus kain putih dalam longkang pasar
- Sinar Harian Mayat berbalut kain ditemukan dalam longkang pasar (this story)
- Utusan Malaysia Gempar jumpa mayat berbalut kain dalam longkang









